Friday, May 9, 2008

Kuliah Umum "Islam Agama Rahmat"

Kuliah yang telah diadakan pada 7hb Mei yang lalu banyak mengutarakan tentang pentingnya kita mempunyai ilmu yang lengkap tentang Islam. Tanpa ilmu, kita tidak sedar betapa Islam itu adalah penyelesaian terbaik dalam segala ruang lingkup kehidupan. Bermula dari kehidupan berkeluarga, sebagai ketua keluarga hinggalah mentadbir sebuah negara, segalanya telah siap di formulasikan oleh junjungan besar Muhammad S.A.W. Konflik kenaikan harga barang yang ketara kebelakangan ini banyak dikaitkan isu 'global' hanya dijadikan sebagai kambing hitam pemerintah mencari alasan mudah. Namun jika dikaji secara detail banyak isu kemanusiaan yang tidak ditangani secara serius membuatkan masalah ini menjadi semakin serius. Masalah ketidakadilan, pecah amanah, tamak haloba mereka yang berkuasa bukanlah suatu yang asing bagi kita menidakkan sebagai salah-satu punca masalah ini semakin berleluasa. Wallahualam

1 comment:

Suara Dengkil said...

Assalamualakum..bro.. boleh tak join link blog kami dgn blog ni.

http://suaradengkil.blogspot.com
blog PAS dengkil.

http://demokorup.blogspot.com
blog peribadi saya

semua blog ni saya admin dan blog PAS di amanahkan oleh cawangan sg merab kpd saya... sekian TQ

Counter

Terima Kasih

Selamat Datang dan terima kasih kerana mengunjungi blog Parlimen Sepang. Blog ini adalah hasil inisiatif sahabat-sahabat seperjuangan yang perihatin akan pentingnya berkongsi maklumat dan pengetahuan tambahan dengan adanya kemudahan ICT.