Thursday, May 22, 2008

Perihal Sepang

Saidah Hairan Thu May 22, 08 5:48:31 pm MYT
SHAH ALAM, 22 Mei (Hrkh) - Menteri Besar, Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan projek-projek usahasama yang dilaksanakan Kerajaan Negeri Selangor tidak menguntungkan, sebaliknya kerajaan negeri terpaksa menanggung risiko yang tinggi hasil keuntungan yang tidak menentu. -->-->
Menurut beliau, ia ekoran daripada pembelian tanah yang dilakukan oleh kerajaan BN-Umno melalui perjanjian usahasama Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dengan syarikat swasta.
Beliau kesal kerana pemaju mempunyai kuasa terhadap tanah apabila kerajaan negeri membeli tanah melalui PNSB dengan pegangan 30 peratus manakala pemaju tanah Sepang Bay Sdn.Bhd sebanyak 70 peratus.
"Saya telah meneliti semua perbelanjaan negeri malangnya segala kekayaan itu tidak dapat disalurkan kepada rakyat ekoran kerugian melebihi 35 bilion," katanya ketika menjawab soalan lisan daripada Adun Batu Caves, Amiruddin Shari.
Dalam sesi soal jawab lisan, Adun Batu Caves (KeADILan) minta penjelasan tentang syarikat-syarikat kerajaan negeri seperti PKNS dan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) yang ada membuat projek pembangunan yang dijalankan secara usahasama dengan syarikat swasta.
Menjawab soalan tersebut, Khalid menjelaskan, antara syarikat projek usahasama yang terlibat Sepang Gold Coast Sdn.Bhd. (Usahasama antara Sepang Bay sdn.bhd. dan PNSB).
Katanya, syarikat tersebut bercadang membina pembangunan berkonsepkan pelancongan di atas tanah seluas 3,686 ekar di daerah Sepang dan 935 ekar di Kuala Langat.
Beliau menjelaskan, sebahagian daripada pembangunan Sepang Gold Coast melibatkan penggunaan teknologi on-stilt (bangunan atas tiang) iaitu menanam cerucuk di atas tanah laut yang melibatkan kos tinggi.
Manakala syarikat Lebar Daun Development Sdn. Bhd. pula bercadang membina dan menyiapkan pusat membeli belah, pejabat dan kediaman di atas Precint 2.9 seksyen 14, Shah Alam dengan keluasan tanah 3.475 ekar.
Malangnya menurut beliau pembinaan itu belum dapat dibina sejak perjanjian usahasama ditandatangani 21 November 2002.
Adun Bangi, Dr Shafie Abu Bakar (PAS) mengajukan soalan tambahan, apakah kerajaan Pakatan Rakyat akan meneruskan sistem yang diamalkan oleh kerajaan dahulu, BN.
Khalid menjawab; "Saya telah minta semua syarikat PKNS, PKPS tidak lagi membuat perjanjian usahasama sehingga semua usahasama yang ada diselesaikan."
Menurut beliau, kerajaan BN telah menyerahkan kuasa tanah pada syarikat-syarikat tersebut dan kerajaan negeri hanya memperolehi 6 peratus keuntungan daripada usahasama itu jika berjaya.
"Semua pengusaha syarikat itu telah lari dan perkara ini amat serius," tegas beliau.
Beliau turut simpati dengan ketakutan pegawai terlibat yang mengigil ketika menyerahkan minit berhubung pembelian tanah.
"Saya mempertikaikan tentang perjanjian pembelian tanah itu yang agak cepat, malangnya pegawai tersebut hanya menjawab; "Saya ikut arahan." - mns

Tuesday, May 20, 2008

Dari Harakah

Di Malaysia ada yang layak jadi Presiden Israel - Mahathir
Izwan Abdul Halim Wed May 21, 08 6:31:02 am MYT
ALOR STAR, 21 Mei (Hrkh) ? Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar tindakan Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional ekoran tidak menyokong usul tehadap Palestin pada sidang baru-baru ini. -->-->
"Usul dibuat untuk memberi sokongan kepada orang-orang Palestin yang dihalau keluar daripada tanah mereka oleh kuasa-kuasa besar. Kuasa-kuasa besar telah mengalu-alukan kelahiran Israel yang ke-60 baru-baru ini,"ujarnya pada ceramah 'Kedudukan Orang Melayu Pasca Pilihanraya Ke-12' anjuran Dewan Perhimpunan Melayu Kedah yang diadakan di Hotel Star City di sini.
Dengan penuh kesal, beliau menyatakan tindakan tersebut seolah-olah menyokong penubuhan Israel.
"Dewan Rakyat kita yang dipenuhi wakil-wakil kita tidak menyokong usul untuk menunjukkan simpati kita terhadap Palestin. Sebab itu dalam negara kita ini ada orang yang layak jadi Presiden Israel tetapi tidak layak jadi Presiden Singapura,"ujarnya penuh sinis. - mks.

Monday, May 19, 2008

Harakahdaily Tue May 20, 08 9:22:05 am MYT
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa menggesa pemimpin dan ahli PAS di seluruh negara untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan pilihan raya umum berikutan kemelut besar yang dihadapi Barisan Nasional. -->-->
Dalam kenyataannya kepada Harakahdaily, Husam menegaskan, pengumuman bekasn Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Sanusi Junid keluar dari parti itu serta merta menunjukkan Umno sedang menghadapi krisis kepimpinan yang besar.
Husam berkata, beliau menjangkakan lebih ramai ahli Umno yang tidak boleh menerima Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai pemimpin parti dan kerajaan akan keluar beramai-ramai.
"Selama ini pun mereka tidak bersetuju dengan Abdullah dalam banyak perkara, tetapi mereka terpaksa mendiamkan diri kerana tiada yang berani menentang beliau.
"Krisis ini akan menyebabkan Umno kucar kacir dan rakyat semakin hilang kepercayaan kepada Umno dan BN sebagai teraju pemerintahan," ujarnya.
Katanya, jika dalam keadaan yang terdesak dan tidak mempunyai pilihan, tidak mustahil Abdullah membubarkan Parlimen untuk mendapatkan mandat baru.
Sehubungan itu beliau meminta ahli-ahli PAS, khususnya jentera pilihan raya bersiap sedia menghadapi PRU bila-bila masa. - mr

Friday, May 16, 2008

WOW Factor !!!

Cempaka : 1. " Bila ahli2 jemaah faham & cintakan Islam " 2. "Bila sifat walaq' dipraktikkan oleh ahli dengan sebenarnya"

BBST: 1. "Bila mampu adakan program besar & menarik penyertaan ramai" 2. " Para ahli yang menjaga Ukhwah dan memberati solat berjemaah" 3. " Ahli yang menjaga ukhwah "

Desa Vista: 1. "Mampu beramal & berbakti kepada masyarakat

Lanjut: 1. "Mempunyai ahli-ahli yang berilmu" 2. " Ahli yang berakhlak & menjalankan arahan dengan sempurna"

Salak: 1. "Ahli yang menjaga solat berjemaah"

Kota warisan: 1. "Aktif dan dapat menjalankan kerja amal, menjana ekonomi para ahli dan jemaah"

Friday, May 9, 2008

Kuliah Umum "Islam Agama Rahmat"

Kuliah yang telah diadakan pada 7hb Mei yang lalu banyak mengutarakan tentang pentingnya kita mempunyai ilmu yang lengkap tentang Islam. Tanpa ilmu, kita tidak sedar betapa Islam itu adalah penyelesaian terbaik dalam segala ruang lingkup kehidupan. Bermula dari kehidupan berkeluarga, sebagai ketua keluarga hinggalah mentadbir sebuah negara, segalanya telah siap di formulasikan oleh junjungan besar Muhammad S.A.W. Konflik kenaikan harga barang yang ketara kebelakangan ini banyak dikaitkan isu 'global' hanya dijadikan sebagai kambing hitam pemerintah mencari alasan mudah. Namun jika dikaji secara detail banyak isu kemanusiaan yang tidak ditangani secara serius membuatkan masalah ini menjadi semakin serius. Masalah ketidakadilan, pecah amanah, tamak haloba mereka yang berkuasa bukanlah suatu yang asing bagi kita menidakkan sebagai salah-satu punca masalah ini semakin berleluasa. Wallahualam

Sunday, May 4, 2008

Futsal Pemuda Zone D

Malam jumaat lalu 2/5/08 pemuda zone D telahpun berjaya mengadakan Pertandingan Futsal tertutup zon D di Gelanggang Futsal Meracipta BBST. Pasukan Jenderam Hilir telah menjadi johan manakala pasukan Salak 1 sebagai naib johan. Tahniah dan terima kasih kepada semua AJK dan petugas. Klik di koleksi gambar untuk berkongsi kemeriahannya...

Thursday, May 1, 2008

Mesyuarat Yang Berhasil ?

Tahniah kepada semua perwakilan, AJK serta pimpinan PAS Kawasan Sepang kerana telah berjaya menjalankan Mesyuarat dalam suasana muhibbah. Walaupun kekadang terdapat hujah-hujah panas semasa sessi usul alhamdulillah ianya dapat ditangani dalam suasana musyawwarah. . Gambar2 serta klip videa akan di update dalam sehari-dua ini..

Counter

Terima Kasih

Selamat Datang dan terima kasih kerana mengunjungi blog Parlimen Sepang. Blog ini adalah hasil inisiatif sahabat-sahabat seperjuangan yang perihatin akan pentingnya berkongsi maklumat dan pengetahuan tambahan dengan adanya kemudahan ICT.